Uncategorized

Siapa boleh anda panggil? (A reader-requested translation)

Backstory: @widbrain asked me on Twitter if I could translate my latest TMI column — “Who do you call?” — to Bahasa Malaysia. Since he asked nicely, I said sure. Here it is.

Siapa boleh anda panggil?

31 OKT ― “Kami polis. Kami boleh tanya, tahan dan tangkap siapa saja.”

M (dia minta namanya tidak disebut sini) cuma bertanya kepada dua pegawai polis bermotosikal itu sebab mereka meminta kad pengenalannya.

Malam itu hujan, M tengah memandu. M ternampak seorang penunggang motosikal di hadapan lantas membunyikan hon kereta. Dia takut pemotosikal itu tidak perasan M berada di belakang; M cuma berhati-hati. Itu niat M, sebenarnya.

Tiba-tiba, dua lelaki bermotosikal saling mengepit kedua-dua belah kereta M.

Salah seorang lelaki itu memarahi M kerana membunyikan hon ke arahnya. M menerangkan maksudnya dan juga menambah, memang M yang punya hak untuk berjalan dulu.

Sekali lagi, anggota polis itu menyebut jawatannya dan hakya “menangkap siapa-siapa”.

Lalu M meminta kebenaran untuk membuat panggilan kepada kawannya, seorang pegawai polis kanan, untuk nasihat.

“Panggilah, saya takut apa?” sergah polis itu.

M memanggil rakannya. Terus rakannya meminta nama dan nombor polis kedua-dua lelaki itu. Tiba-tiba polis yang “tidak takut” itu kurang berani memberi pengenalan diri penuh.

Mereka cuba membohongi rakan M, mengatakan tujuan mereka “hanya nak tolong”.

Akhirnya beredar juga dua polis itu, tinggal M dalam keadaan perasaan terganggu.

Nasib M baik. Bukan ramai yang boleh memanggil polis berjawatan tinggi apabila dikacau anggota polis yang berperilaku buruk.

Hakikatnya, situasi sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Memang ada anggota polis yang baik pekerti. Saya pernah bertemu polis sedemikian. Tapi pada masa yang sama, perihal “polis jahat” sering kedengaran.

Polis yang meminta rasuah. Polis yang mencuri. Polis yang buat tak tahu tentang jenayah atau berpura-pura terlalu sibuk dengan tugas pejabat untuk melayan laporan kesalahan.

Kita sudah jadi takut kepada polis, kerana sebab yang tak patut.

Terus-terang, saya pun takut polis. Pernah saya pergi buat laporan dan tidak diendahkan, semua kerana polis bertugas tersalah fikir saya berbangsa Filipina. Saya tunjukkan IC, baru dia layan. Ada juga polis yang cuba meminta ‘wang suap’ atau naik kereta mereka, hanya kerana tersalah anggap saya pekerja asing.

PDRM harus mengambil tanggungjawab menangani polis yang membuat salah laku. Mereka perlu juga mewajibkan anggota polis memaparkan nombor pengenalan diri pada setiap masa.

Jika seorang polis enggan memberi nama atau nombor pengenalan, seharusnya tidak salah untuk mana-mana rakyat Malaysia untuk tidak mengendahkannya.

Hakikatnya, ada polis kaki buli. Namun, jika ada polis meminta anda memberhentikan kereta, jangan terus menggelarnya pengacau. Mungkin lampu isyarat anda mati. Mungkin bumper kereta atau plat lesen terjatuh. Bersangkalah baik tentang polis itu.

Tapi jika ‘polis’ itu ternyata bermasalah, inilah tindakan anda seterusnya:

1. Jika dalam kereta, jangan turun. Turunkan tingkap sedikit (tak sehingga cukup untuk polis itu memasukkan tangannya) dan minta pengenalan diri polis itu. Kalau mereka bagi pun dan mereka suruh anda ikut ke balai, cuba tegaskan anda akan memandu sendiri ke stesen terdekat. Amat berisiko jika anda wanita untuk menaiki kereta polis yang entah niatnya baik atau tidak.

2. Guna telefon bimbit anda dan panggilah sesiapa yang anda kenal. Beritahu keluarga, rakan anda di mana dan dengan siapa. Ambil gambar. Guna media sosial: Twitter dan Facebook, jika boleh.

3. Jika anda tidak berada dalam keadaan, bawa bertenang. Cuba buat panggilan tetapi jangan cuba melarikan diri. Nasib tak baik, polis yang anda jumpa tu, kurang terlatih dan jenis menggunakan senapangnya sesuka hati, yang akan menjadikan cubaan anda untuk lari sebagai alasan untuk menembak. Ingat, cerita yang akan lebih dipercayai adalah keterangan dari polis dan cubaan anda untuk lari akan dijadikan bukti.

4. Jangan terikut-ikut perasaan untuk tunjuk kurang ajar. Polis adalah penjawat awam, bukan kuli. Berlagak biadap menyusahkan diri sahaja, jadi elakkan.

Negara telah membangun seperti Amerika Syarikat dan UK pun ada kes salah laku polis. Jangan anggap semua polis itu sama tetapi eloklah juga bersiap sedia untuk apa-apa kemungkinan.

Sekurang-kurangnya, harus ada talian untuk dipanggil rakyat Malaysia jika perlu mendapat perlindungan daripada polis yang berlagak samseng.

Persoalannya: Apakah talian itu akan pernah lengang?

 

Standard

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *